TEKANAN UDARA
Memahami Tekanan Udara
Apa yang dimaksudkan dengan tekanan udara?
Tekanan Udara bermaksud tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek.
Bagi lebih memahami konsep Tekanan Udara,
Teori ini mengatakan bahawa zarah-zarah dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Jadi zarah udara yang ada dalam sesuatu objek juga akan berlanggar dengan permukaan dalam, manakala zarah udara yang ada di luar objek akan berlanggar dengan permukaan luar. Perlanggaran inilah yang menghasilkan Tekanan Udara.
Comments
Post a Comment