Hari:.................. Tarikh :.............
Tajuk : Pengembangan dan pengecutan bahan
1. Apabila bahan dipanaskan, bahan akan mnerima haba. Haba ini menyebabkan zarah-zarah bahan bergerak dengan pantas dan menjauhi antara satu sama lain
2. Apabila bahan disejukkan ia akan mengecut kerana zarah-zarah akan berada rapat antara satu sama lain.
1. Bebola besi dan gelung
- Bebola besi mengembang apabila dipanaskan dan bebola tidak melepasi gegelung besi.
- Bebola besi mengecut apabila disejukkan dan bebola boleh masuk kedalam gelung besi. .
2. Air berwarna dalam tiub kaca
- Apabila air berwarna dipanaskan, ia mengembang, isipadu air bertambah dan menyebabkan paras air naik.
- Apabila air berwarna disejukkan, ia mengecut, isipadu air berkurang dan menyebabkan paras air turun.
Comments
Post a Comment